Sunday, 16 January 2022

BUKAN MUDAH SEKARANG NAK TIPU RAKYAT, KATA NAJIB

 Gambar-gambar simple macam ini yang PH guna untuk perbodohkan Raykat. Satu perbandingan yang kurang bijak.



Gambar sebelah kiri adalah Jalan Berkembar Jalan Paya Terubong (Bukit Kukus) sepanjang 3.8km dengan kos pembinaan sebanyak RM378.2 juta yang baru dibuka minggu lepas selepas pembinaan 7 tahun - iaitu lambat 5 tahun.

"Mei 2014: New toll-free paired road to be built between Air Itam and Bukit Jambul"

https://www.thestar.com.my/News/Community/2014/05/05/Easing-traffic-snarls/

Pembinaan jalan ini juga telah mengorbankan 9 nyawa.

"Nine workers were killed and four others injured in the landslide at the project site of the Bukit Kukus paired road on Oct 19, 2018."

https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/02/14/bukit-kukus-landslide-mbpp-acknowledges-responsibility-entrusted-third/

Erti kata lain ialah selepas 14 tahun mentadbir, kerajaan DAP cuma berjaya membina satu jalan dengan panjangnya 3.8km sahaja.

Lain-lain projek yang diumum kerajaan DAP Pulau Pinang seperti Pan Island Link yang panjangnya 20km, jalan berkembar Tanjung Bungah-Teluk Bahang, jalan pintasan Lebuhraya Lim Chong Eu ke Ayer Itam dan jalan pintasan Lebuhraya Lim Chong Eu ke Persiaran Gurney yang telah diumumkan mereka sejak tahun 2013-2015 dan sepatutnya sudah siap tapi tidak permbinaan tidak pernah bermula.

Terowong pula masih ghaib walaupun projek telah diberi sejak tahun 2013. Itu tak sebut ke?

Tapi pelik ialah mereka nak bandingkan dengan Sabah tapi ratusan kilometer Lebuhraya Pan Borneo Sabah sudah siap sejak pembinaan bermula pada tahun 2016. Itu tak mahu sebut pula.

Lebuhraya CSR ke Kelantan sepanjang 325km pun dah semakin hampir siap.

Page Suara Rakyat: https://www.facebook.com/suararakyatpage/posts/2096752953836544

https://twitter.com/mauludfarid/status/1482277976217878534

FB: https://www.facebook.com/f.maulud/posts/6857451624326536

No comments:

Post a Comment