Sebab itu, saya dah pesan beberapa kali bahawa penularan Covid di sana tidak akan mudah terkawal di kawasan-kawasan hotspot Covid dan penduduk tanpa dokumentasi selagi mereka tidak dibantu untuk duduk di rumah.
Berilah tambahan RM1,000 khusus BPN kepada warga Sabah.
Kerajaan Sabah juga perlu wujudkan tabung Covid Sabah supaya kita boleh salurkan sumbangan kepada NGO-NGO tempatan Sabah untuk mereka membantu termasuk membantu penduduk yang tidak berdokumen.
Mana mungkin kita biarkan bukan warganegara mati kebuluran di atas tanah Malaysia?
PKPD yang lebih ketat berbanding PKPB sudah dilaksanakan di sana lebih sebulan.
Sekadar memberi bakul makanan sahaja tak cukup.
Berapa lama bakul makanan mampu bertahan?
No comments:
Post a Comment