Itu dia! Akhirnya Uncle masuk gelanggang pagi ini untuk salahkan Musa Aman.
Siap memetik karya Shakespeare!
“Saya teringat kepada satu petikan Shakespeare: “the lady doth protest too much” apabila membaca surat terbuka daripada mantan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, yang menafikan beliau bertanggungjawab terhadap gelombang ketiga wabak Covid-19 yang sedang melanda Sabah dan Malaysia.
Saya akan katakan, yang jika ada sesiapa di Sabah yang perlu bertanggungjawab terhadap gelombang ketiga wabak ini, orang tersebut adalah Musa Aman.“ kata Uncle Kit Siang.
Okay.. ini logik Kit Siang.
1. Hanya Shafie Apdal sahaja yang ada hak untuk tumbangkan Musa Aman melalui pintu belakang. Musa Aman tak ada hak untuk ambil kembali kerajaan dengan menggunakan kaedah yang sama.
2. Shafie Apdal akan mati jika dia tidak bubarkan DUN. Shafie akan mati jika dia serahkan kembali sebagaimana Shafie rampas kuasa pada tahun 2018.
Dia langsung tak ada pilihan untuk serah kembali kuasa tanpa pilihanraya seperti apa yang berlaku di kerajaan pusat dan 5 lagi negeri lain.
3. Majlis Presiden Pakatan Harapan sokong penuh Shafie bubarkan DUN sebab ini adalah untuk menjaga kepentingan Rakyat - bukan untuk menjaga kepentingan Shafie dan wakil-wakil rakyat PH demi mengekalkan kuasa.
4. Sabah dan Shafie adalah special sebab hanya dia seorang sahaja terpaksa bubarkan DUN untuk PRN. Lain-lain kerajaan tak special sebab kerajaan pusat dan 5 lagi kerajaan negeri bertukar tangan (termasuk Sabah pada tahun 2018) sejak PRU14 tanpa pilihanraya.
Orang lain tak terpaksa. Shafie seorang sahaja yang terpaksa.
5. Salah untuk Musa Aman tolak DUN Sabah dibubar dan Musa Aman buat benda bodoh untuk cabar keputusan bubar DUN 3 kali dalam mahkamah. Shafie betul sebab dia adakan PRN walaupun dia sendiri kata dia sedar risiko untuk berjangkit adalah tinggi semasa kempen PRN.
6. Permohonan maaf Shafie kepada warga Sabah sebab mengadakan PRN semasa Covid melanda semula cuma wayang sahaja. Dia seronok nak minta maaf sahaja sebab dia langsung tak bersalah.
7. Ini semua salah Musa Aman (dan Najib).
Betul tak, Kit Siang?
Posting Uncle: https://www.facebook.com/limkitsiang2.0/posts/10157364240356073
No comments:
Post a Comment